Monday, June 06, 2011

perubahan pada diri...

bismillahirahmanirahim.
assalamualaikum.
:)
tadi aku baru balik dari melawat kakak ipar kat hospital.alhamdulillah beliau takde papa.
mungkin terlampau tension.
okayy.terus kepada title post.
perubahan pada diri.
diri siapa ek pacik pacik dan macik macik?
perubahan pada diri sendiri.
ikut pendapat korang,korang rasa patut tak kita beritahu orang lain kalau kita dah berubah?
kalau ikut pendapat aku,aku rasa takda gunanya kita bagitau orang yang kita dah berubah.
nak tau kenapa pendapat aku camni?
BAGI AKU:
1.kita tak perlu bagitau.sebab,orang lain pun ada mata,diorang boleh tengok perubahan yang ada pada diri kita.takpayahlah kita nak heboh dekat satu kampung yang kita dah berubah.CONTOH:
SUPERMAN:oi orang kampung!aku dah berubah.korang nampak tak?aku dah pakai seluar dalam kat dalam dah.*Alhamdulillah.superman dah matang dah.hahaha*
2.kita tak perlu bagitau.sebab,kalau kita belum cukup bersedia untuk berubah,tiba tiba kita berubah pergi diri kita yang lama balik,tak ke orang kutuk kita.jadi bahan cerita orang lain lah pulak.hmmm.KESIAN!CONTOH:
cuba kau tengok spiderman tu,hari tu dia buang baju spiderman dia,kononnya taknak jadi hero dah,sekarang,dia sibok pulak nak selamatkan kita.*manusia memang kuat mengumpat*
3.kita tak perlu bagitau sebab,nanti kita berubah tak ikhlas.CONTOH:
tak payah cari contoh yang jauh jauh.macam aku,dulu aku bagitau kengkawan dekat fb yang aku taknak pakai skinny lagi.memang pada mulanya aku tak pakai skinny lagi.walaupun aku tak pakai skinny,tapi aku masih pakai seluar seluar yang ketat-ketat.walaupun kengkadang je.tapi aku tetap pakai kan?hmmm.

so,moral of the story,aku rasa baik takyah je lah cite kat orang yang kita dah berubah.sebab,belum tentu lagi kita berubah 100%.macam macam alasan yang syaitan beri supaya kita jadi syaitan balik.kan?so,aku harap,sesiapa yang dah berubah tu,BERUBAHLAH KERANA ALLAH.
jangan berubah sebab FESYEN,
jangan berubah sebab ORANG CAKAP KITA CANTIK KALAU KITA BERUBAH.
jangan berubah UNTUK SUKA SUKA.
jangan berubah sebab KERJA.
jangan berubah sebab KITA FRUST.
yang paling penting:
jangan berubah sebab CINTA sesama MANUSIA.

ingat,kalau kita berubah untuk Allah,kita pun dapat pahala.Allah pun akan lindung kita.kan?satu lagi pesanan,berubahlah ke arah kebaikan.bukan ke arah keburukan.tiada alasan untuk kita berubah ke arah kebaikan.orang pun suka tengok.kita pun senang hidup tak dikutuk.kan?ini adalah pesanan kepada diri aku jugak.so,sama samalah kita berubah untuk kebaikan masing masing.sekian.Assalamualaikum :')

No comments:

Post a Comment

Welcome and feel free to scroll :)